Suasana Kuala Sanglang 1900-1960 Sanglang,_Perlis

Kuala Sanglang dibuka oleh Penghulu Said pada sekitar 1900. Sehingga 1902, Kedah di bawah pengaruh Siam sebelum diambil alih oleh pentadbiran British. Sejak itu, berlakulah aktiviti penyamun dari Daerah Thai menyusup masuk untuk mencuri kerbau dan merompak di Kedah. Kawasan pantai yang lebih makmur disebabkan industri perikanan, perniagaan dan pengangkutan menjadi sasaran. Penyamun yang termasyhur ialah Salleh Tui yang berasal dari Setoi (Satun) sehinggalah dia ditewaskan oleh Penghulu Said. Kematian Salleh Tui tidak melenyapkan aktiviti perompak tetapi diambil alih oleh perompak yang berkumpulan. [perlu rujukan]